SELEPAS memulakan tugas sebagai penyampai radio, kini bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sah menyertai kelab bola sepak terkemuka negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah Harimau Selatan itu.
Pelantikan bekas ahli Parlimen Rembau itu diumumkan Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam ciapan di Twitter.
Pada masa sama, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memaklumkan Khairy turut dilantik sebagai Penasihat Belia Johor.
“Saya telah bertemu Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah JDT.
“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia dan kemajuan bola sepak Johor,” katanya dalam ciapan di Twitter.
29 Januari lalu, Khairy yang telah dipecat daripada UMNO dan tidak lagi mempunyai apa-apa jawatan menerima tawaran kerja daripada Tunku Ismail.
Tunku Ismail membuat ‘tawaran’ itu menerusi hantaran dalam media sosialnya.
Baca artikel berkaitan: Tawar jadi MB N.Sembilan, KJ belum beri jawapan – Ahmad Faizal
Tunku Ismail menyifatkan Khairy sebagai seorang yang berpengalaman.
“Berpengalaman, terbukti, kenapa tidak,” titah Tunku Ismail lagi.
Sementara itu, Khairy turut membalas hantaran itu di Instagram rasmi beliau dengan gambar yang sama bersama baginda dengan komen: “One door closes, others will open. Rezeki di tangan Allah.”
Sebagai rekod, Khairy yang juga bekas ahli Parlimen Rembau itu sememangnya tidak asing dalam arena bola sepak.
Beliau merupakan orang kuat dalam kewujudan rancangan realiti MyTeam yang kemudian turut bersaing dalam Liga Malaysia.
Pada masa sama, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu juga pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun 2007.
Semasa menerajui Kementerian Belia dan Sukan, Khairy turut mencetuskan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

