SEORANG lelaki cedera parah pada rusuk kiri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan lapan buah kenderaan di Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.10 pagi.
Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, Komander Operasi Rahmat Sabarudin tiba di lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan tujuh buah kereta dan sebuah motosikal.
“Seorang pemandu Axia berusia 35 tahun cedera parah akibat tersepit.
“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Penunggang maut kemalangan dekat Lebuhraya Persekutuan
Jelasnya, mangsa dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.54 pagi.
Difahamkan, antara kenderaan yang terlibat ialah Proton Exora, Perodua Axia dan Myvi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

