Pemilihan UMNO: Biar RoS jalankan siasatan dengan adil dan bebas

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEPIMPINAN tertinggi UMNO dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung siasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap isu pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu.

Ahli UMNO Kuala Nerus, Aizat Fikri Nasir Fikri berkata, Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu bersabar dan membiarkan RoS menjalankan siasatan dengan adil serta bebas.

“Pihak RoS telah meminta saya menjelaskan secara terperinci berkenaan laporan tempoh hari. Pihak RoS mengambil maklum dan sedang mengkaji Fasal 8.1 Perlembagaan UMNO.

“Perhimpunan Agung adalah kuasa tertinggi parti dan perjalanan parti adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada perlembagaan dan juga peraturan UMNO.

“Perlembagaan juga di bawah Fasal 9.3 telah menyatakan: Pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan dua puluh lima orang ahli MKT hendaklah dipilih dalam mesyuarat perwakilan bahagian tiap-tiap tiga tahun sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: UMNO telah kemuka maklumat diperlukan RoS – Zahid

Mengulas lanjut, Aizat Fikri berkata, walaupun PAU mempunyai kuasa tertinggi namun ia tidak boleh meluluskan sesuatu yang bercanggah atau tiada dalam perlembagaan. 

Sebagai contohm jelas beliau, jika ada usul dibawa dalam PAU untuk UMNO mewujudkan dua jawatan presiden, ia tidak boleh diambil kira kerana perlembagaan UMNO menyatakan hanya satu jawatan Presiden. 

“Bahkan didalam urusan kerajaan, Dewan Rakyat juga tidak boleh membuat ketetapan yang bercanggah dengan perlembagaan negara (ultra vires), jika ia berlaku ketetapan itu terbatal secara automatik.

“Ketetapan ini juga tidak dibuat mengikut peraturan persidangan perhimpunan agung apabila gagal memberi notis selama 14 atau 7 hari seperti yang dinyatakan dalam peraturan 10.1 pemberitahuan usul.

“Mengikut peraturan 20.1 Pindaan Usul, pada masa sesuatu usul itu dalam pertimbangan persidangan atau jawatankuasa bolehlah dicadangkan pindaan-pindaan jika ia berkaitan dengan usul itu. 

“Saya telah menjelaskan kepada RoS bahawa usul ucapan dasar presiden dan usul tambahan itu adalah dua perkara berbeza dan tidak berkaitan,” katanya.

Aizat Fikri menambah, RoS telah memaklumkan kepadanya yang tempoh masa 60 hari yang diberikan kepada UMNO itu bukanlah tempoh siasatan ini tetapi ianya bagi UMNO menghantar laporan penuh persidangan baru-baru ini. 

Katanya, siasatan bagi laporan itu akan tetap diteruskan sekaligus menafikan kenyataan Setiausaha Akhbar UMNO bahawa isu ini selesai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This