Resipi Ekspress, Kreativiti Roti Paratha Sesuai Untuk ‘Camping’

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Cepat, mudah dan sempoi resipi ekspress kreativiti roti paratha diolah menjadi menu ringkas yang sedap menepati cita rasa. Menu ini juga sesuai dihidangkan buat tetamu dan anak-anak. Boleh juga dibawa bekalan ke ‘camping’, penyediaan bahannya pula senang, tak perlu nak pening-pening kepala. Apa yang penting, menu ini tak sampai 5 minit, dah siap..!

PARATHA TELUR DADAR
BAHAN

1 keping paratha
2 biji telur
Sedikit mayonis
Sedikit sos cili
Sedikit minyak masak
Garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan paratha tanpa minyak, di dalam kuali ‘non stick’. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tuangkan bancuhan telur dadar. Kacau sebati.
  3. Setelah telur dadar masak, angkat dan letakkan di atas paratha. Gulung kemas.
  4. Potong paratha, hiaskan dengan mayonis dan sos cili di atasnya. Hidangkan.

PUFF SARDIN PARATHA
BAHAN

1 keping paratha
1 tin kecil sardin
3 sudu besar bawang dadu
2 sudu besar sambal tumis
Sedikit perahan jus limau
1 biji telur – sapuan
Minyak masa untuk menumis
Garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan sardin.
  2. Masukkan sambal tumis dan sedikit perahan jus limau. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Potong paratha kepada dua bahagian.
  4. Letakkan inti di atas paratha secukupnya. Toreh sedikit bahagian atasnya.
  5. Kemudian sapu sedikit telur dan bakar pada suhu 180⁰C atau hingga kekuningan.

MINI MURTABAK PARATHA
BAHAN

2 keping paratha
1 cawan ayam cincang
3 sudu besar rempah barbeku segera
1/4 labu bawang Holland – dadu
Minyak masak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak, tumis bawang, rempah barbeku dan ayam cincang. Biarkan sejuk.
  2. Letakkan inti murtabak di atas paratha. Lipat kemas seperti murtabak.
  3. Panaskan paratha di atas kuali leper sehingga masak.
  4. Setelah masak, potong ikut suka dan hidangkan.



Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This