Hidangan kuey teow sup ini, sangat mudah disediakan. Sesuai untuk hidangan pada bila-bila masa sahaja. Selain kuey teow sup, ia boleh ditukar kepada mi ataupun bihun. Nak lebih sedap, makan bersama cili jeruk atau pun cili kicap.
KUEY TEOW SUP
BAHAN
1 bungkus kuey teow
500 gm daging
1 labu bawang besar – belah 4
3 ulas bawang putih – ketuk
2 cm halia – ketuk
2 tangkai daun sup – hiris
2 tangkai daun bawang – hiris
1 kiub ikan bilis
1 paket kek ikan – hiris kasar
Sedikit tauge
Air secukupnya
Garam
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan air, celur kuey teow dan kek ikan. Angkat dan tuskan. Ketepikan.
- Daging direbus sehingga mendidih. Buangkan air rebusan.
- Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
- Masukkan air, daging dan kiub ikan bilis reneh sehingga daging empuk. Masukkan garam dan sebatikan rasa.
- Letakkan kuey teow dalam mangkuk, letakkan daging, tuangkan sup dan hiaskan dengan kek ikan, taburkan tauge, bawang goreng, hirisan daun sup, daun bawang serta hirisan limau nipis.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

