Penunggang motosikal maut diseret Navara dekat DUKE

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di Kilometer 0.8, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.44 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dikerahkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Fadil Hesam Mohamed tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara, Perodua Axia dan sebuah motosikal Yamaha LC135.

Baca : Pemandu Axia parah dalam kemalangan lapan kenderaan di TTDI

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa bergesel dengan Perodua Axia lalu jatuh di tengah jalan.

“Mangsa kemudian diseret oleh Nissan Navara yang datang dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa seorang lelaki India berusia 34 tahun telah tersepit di bawah kereta dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This