RM20,000 menanti pemancing di Cabaran Joran KL

Dari Penulis

HADIAH wang tunai keseluruhan bernilai RM20,000 menanti kaki pancing dalam Cabaran Joran Kuala Lumpur Taman Tasik Ampang Hilir, Ahad ini.

Pertandingan memancing anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diadakan bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2023.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, seramai 500 hingga 700 peserta bakal menyertai pertandingan tersebut.

Katanya, pemilihan Taman Tasik Ampang Hilir kerana keunikan tersendiri, selain dihuni pelbagai spesies ikan termasuk patin, tongsan, rhu, keli, tilapia dan toman.

“Tasik ini menjadi sebutan kaki pancing dan dalam pertandingan sebelum ini spesies patin seberat 28kg pernah dipancing oleh peserta.

“Selepas empat tahun tiada pertandingan di sini, ia kembali lagi dan tidak akan menghampakan pemancing daripada warga kota,” katanya ketika melepaskan lebih 500 kilogram ikan pelbagai spesies di tasik terbabit.

Baca artikel : RM20,000 tunai menanti kaki pancing dalam Cabaran Joran 3R SWCorp

Jelas Khairul Azmir, selain memancing, peserta juga berpeluang beriadah dan menikmati keindahan tasik bersama keluarga.

“Matlamat kita dalam menggalakkan pelancongan domestik tercapai apabila melibatkan kehadiran pelancong dari luar ke Kuala Lumpur,” katanya.

Tambahnya, juara pertandingan bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.

Manakala naib juara sebanyak RM2,000, tempat ketiga sebanyak RM1,000.

Bagi tempat keempat hingga 10 hadiah wang tunai sebanyak RM200, tempat ke-11 hingga 20, RM150 dan ke-21 hingga 100 sebanyak RM100.

Bukan itu sahaja, terdapat lima hadiah khas buat pemenang ikan keli dan cabutan bertuah iaitu dua unit televisyen 32 inci berserta alatan memancing.

Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada Sabtu pukul 3 petang hingga 9 malam dan Ahad dari pukul 6.30 hingga 10 pagi.

Khairul Azmir berharap, pertandingan ini dapat merancakkan lagi ekonomi setempat selain menarik pelancong asing ke negara.

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan boleh berhubung urus setia di talian 013-2661077, 013-3052811, 012-2846811 atau layari laman sosial di facebook.com/jorankl.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This