Polis saman lelaki langgar lampu merah dekat Batu Pahat

Dari Penulis

SEORANG lelaki disaman polis selepas memandu kereta melanggar lampu isyarat merah, tular di media sosial.

Kejadian berlaku di Kilometer 111, Jalan Tanjung Laboh-Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah beerkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) mengesan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran DEJ 8636 melakukan kesalahan lalu lintas menerusi sebuah video tular pada pukul 7 pagi.

Beliau berkata, siasatan telah dijalankan dan berjaya mengesan butir peribadi suspek berdasarkan nombor pendaftaran kereta.

Baca : Polis kenal pasti empat individu tular langgar lampu isyarat

“Pasukan Penguatkuasaan Trafik telah memanggil pemilik hadir ke BSPT Batu Pahat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, satu notis saman Pol 257 telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan di atas kesalahan melanggar isyarat lampu merah di bawah Rule 017 LN167/59.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This