SEORANG penunggang motosikal berkuasa besar maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat SS3/39, Petaling Jaya, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha MT-09 dengan Perodua Bezza pada pukul 12.40 tengah hari.
“Siasatan mendapati mangsa seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai melanggar kereta dari arah belakang.
“Mangsa dibawa ke Unit Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Penunggang motosikal maut diseret Navara dekat DUKE
Jelasnya, pada pukul 1.27 petang, polis menerima makluman daripada waris bahawa mangsa telah meninggal dunia semasa menerima rawatan dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

