Pemecatan dibatalkan, Lokman Adam kembali jadi MKT UMNO

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi membatalkan pemecatan Datuk Lokman Noor Adam sebagai ahli UMNO.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Lokman Noor dalam hantaran di Facebooknya.

Sehubungan itu, Lokman Noor memaklumkan beliau juga kembali menjadi sebahagian daripada Ahli MKT UMNO.

Menurut beliau, dengan pembatalan pemecatan itu, haknya untuk bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini telah dikembalikan.

“Alhamdulillah, baru terima panggilan daripada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa MKT UMNO malam ini telah membatalkan pemecatan saya.

“Kini saya kembali sebagai ahli MKT UMNO.

Baca artikel berkaitan: Tengku Zafrul dilantik ahli MKT UMNO

“Terima kasih Presiden, Timbalan Presiden, ahli MKT dan semua yang mendoakan saya. Dengan pembatalan ini, hak saya untuk bertanding dalam pemilihan kali ini telah dikembalikan, Alhamdulillah,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau turut berkongsi surat mengenai pembatalan pemecatan yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Lokman Noor dipecat sebagai ahli UMNO pada 7 Februari 2020 dipercayai berkaitan pendedahan rakaman audio Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai cadangan kerjasama dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau kembali diterima sebagai ahli biasa parti itu pada bulan September 2021.

Mohamad berkata, penerimaan semula Lokman Noor untuk menjadi ahli parti itu adalah proses biasa.

Lokman Noor merupakan salah seorang ahli MKT yang menang jawatan tersebut dalam pemilihan parti pada tahun 2018.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This