PAS mungkin mempertimbangkan memberi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersesuaian kepada Khairy Jamaluddin menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, sehingga kini Pas belum menerima sebarang permohonan daripada Khairy.
Beliau berkata, parti tersebut tetap terbuka menerima bekas Ketua Pemuda UMNO itu.
“Pas dan Perikatan Nasional (PN) turut mengalu-alukan tokoh atau ahli daripada parti lain yang tidak bersetuju dalam muafakat politik parti mereka,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bangunan Tahfiz Al Ikhwan Serta Pecah Tanah Fasa II, hari ini.
Baca artikel lain: Arahan tulisan jawi di papan tanda tak langgar Perlembagaan Persekutuan
Khairy calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kalah dalam pertandingan enam penjuru yang dimenangi calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan.
Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi pada PRN, Tuan Ibrahim memberitahu, Pas belum membincangkan perkara itu dan menyerahkannya kepada majlis tertinggi dan jawatankuasa perunding parti.
Bagaimanapun katanya, Pas sudah meninjau simulasi umum untuk memberi fokus kepada negeri yang boleh memenangi PRN.
“Calon muka baharu kira-kira 40 peratus dan kita minta Muslimah dan Pemuda boleh menyenaraikan nama yang sesuai untuk tapisan sebagai calon,” katanya.
Tuan Ibrahim turut memberitahu, Pas menerima purata seramai 5,000 ahli baharu setiap sebulan dengan sebahagian besarnya ialah orang muda.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

