Polis buru lima lelaki samun berparang di Taman Petaling, Klang

Dari Penulis

POLIS kini memburu lima lelaki yang terlibat dalam kejadian samun berparang di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Petaling, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada pukul 1.25 tengah hari.

Star Citizen: sarecxi manqanis sheketeba A LOT Of New Gameplay Here – GameSpot

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 1 tengah hari, lima suspek yang menaiki sebuah Proton Waja berwarna hijau dengan nombor pendaftaran KBB 967 telah meletak kenderaan di belakang rumah mangsa.

“Seramai empat lelaki bertopeng, bersarung tangan serta berparang masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang.

“Ketika kejadian, seorang lelaki dan empat wanita masing-masing berusia 38 hingga 70 tahun berada di dalam rumah,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam ini.

Jelasnya, suspek telah mengikat tangan dan menutup mulut empat orang mangsa lalu membawa ke dalam dua buah bilik.

Baca artikel: Polis buru suspek samun berparang di Jalan Mohtar, Kapar

Sementara seorang lagi mangsa tidak diikat dipercayai atas faktor usia.

Katanya, suspek telah mencederakan wanita berusia 45 tahun dengan cara menendang di hidung, memukul menggunakan kayu di badan dan mengetuk kepala dengan menggunakan belakang parang.

“Mangsa mengalami kecederaan di tangan kanan, kepala dan muka,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, suspek telah bertindak menyelongkar kesemua bilik dan mengambil wang tunai kira-kira RM4,000, barang kemas bernilai RM20,000 serta lima buah telefon bimbit pelbagai jenama sebelum melarikan diri melalui pintu belakang.

Jelasnya, pihak polis kemudian menerima maklumat bahawa kenderaan suspek telah ditemui di kawasan Taman Desawan, Klang.

“Polis tiba di lokasi dan menjumpai kereta yang digunakan namun suspek telah melarikan diri.

“Semakan mendapati nombor pendaftaran yang digunakan pada kenderaan adalah palsu,” ujarnya.

Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah hadir membuat pemeriksaan di rumah serta kenderaan suspek dan telah menemui beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung di talian 03-33762222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tirai PRN Johor dibuka secara rasmi

TIRAI Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 mula dibuka secara rasmi pagi ini menerusi proses penamaan calon di 56...

More Articles Like This