Kerajaan tak patut terbabit dalam perniagaan – Johari Ghani

Dari Penulis

KERAJAAN tidak sepatutnya cenderung untuk terbabit dalam perniagaan dan mula menumpukan kepada mentadbir negara.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengambil contoh pelancaran 5G dan adalah langkah wajar kerajaan berurusan dengan syarikat telekomunikasi secara langsung berbanding menubuhkan Digital Nasional Berhad (DNB).

“Apabila kerajaan Thailand mahu melaksanakan 5G, mereka tidak menubuhkan entiti baharu untuk melaksanakannya. Ia dilancarkan dengan pantas dan lancar,” katanya dalam wawancara bersama portal FMT.

DNB sebuah entiti kegunaan khas 100 peratus milik Kementerian Kewangan Diperbadankan. Ia diberi tanggungjawab membina dan mengurus rangkaian 5G serta menjadi penyedia borong tunggal perkhidmatan 5G.

Teknologi 5G sepatutnya dilancarkan pada hujung 2021 namun pelancarannya dilanda kelewatan. Beberapa pengendali rangkaian tidak mahu membeli spektrum itu pada peringkat awal atas sebab harga dan berkaitan ketelusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember mengarahkan pelancaran 5G dikaji semula kerana ‘tidak dilakukan secara telus, tanpa proses tender yang betul’.

“Kerajaan tubuhkan syarikat untuk berurusan dengan syarikat telekomunikasi tetapi mereka tiada keyakinan terhadap entiti kerajaan itu,” kata Johari.

Itu antara sebab mengapa kemajuan pelancaran 5G ketika ini hanya sekitar 40 peratus, kerana pelaksanaannya tidak mendapat sokongan penuh pemain industri, katanya.

Baca artikel lain: Kisah kebab, doa rakyat Turkiye iringi Op Starlight

Sekiranya pelaksanaan itu tidak berjaya, kerajaan yang membelanjakan kira-kira RM16.5 bilion untuk prasarana 5G bagi 80 peratus liputan tidak akan dapat semula pelaburannya.

Johari menganggarkan, hasil kira-kira RM5 hingga RM6 bilion boleh diraih daripada pajakan spektrum kepada penyedia rangkaian.

“Penyedia rangkaian itu kemudian akan melabur dalam pelancaran yang dipacu permintaan, yang bukan sahaja lebih pantas berbanding DNB tetapi sampai kepada golongan masyarakat dan industri yang perlukan 5G,” katanya.

Johari berkata, kesan gandaan ekonomi daripada kerahan sektor swasta akan mencipta lebih banyak pekerjaan.

“Itu yang sepatutnya dilakukan kerajaan, bukannya berniaga. Pemerintah (harus) tumpu pada mentadbir kerajaan dan mengutip cukai.

“Apabila kerajaan mula berniaga, disitulah banyak masalah timbul,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This