Dua ditahan, lima diburu gaduh di Skudai

Dari Penulis

DUA lelaki ditahan polis sementara lima lagi diburu selepas terlibat dalam kejadian pergaduhan di Jalan Nusa Bestari 7/2, Skudai, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya mengesan video tular melibatkan beberapa orang disyaki lelaki India bergaduh di kawasan pusat hiburan hari ini.

CBS This Morning (Official Site) плюс on CBS All Access

Bertindak atas maklumat, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas dua lelaki India di kawasan Larkin.

“Kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes terbabit.

“Suspek mendakwa punca kejadian berlaku dari pergaduhan mulut ketika sedang minum di dalam pusat hiburan dan berlarutan sehingga di luar di mana mangsa dan suspek adalah kenalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Polis tahan 11 lelaki gaduh di rumah inap desa dekat Sri Gading

Jelasnya, pemeriksaan ke atas pusat hiburan berhampiran telah membawa kepada tangkapan seorang lelaki India dan seorang perempuan Indonesia kerana beroperasi melebihi had masa yang ditetapkan dan gagal mengemukakan pasport.

Rahmat berkata, suspek kini direman selama empat hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, Seksyen 11(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Johor 4/98 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This