Pelajar maut selepas tercampak keluar dari Volkswagen Polo

Dari Penulis

SEORANG pelajar maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dinaiki dalam kemalangan di Kilometer 8.7, Lingkaran Putrajaya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan pada pukul 6.15 petang berlaku apabila Volkswagen Polo yang dinaiki oleh tiga orang pelajar telah hilang kawalan ketika dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kuala Lumpur.

“Volkswagen Polo telah terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar Proton Exora, Perodua Axia dan Toyota Vios yang datang dari arah Kuala Lumpur.

“Akibat kemalangan tersebut, penumpang belakang iaitu Nuhaikal Hakimi Norsaimi, 19, tercampak keluar dari kereta dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel: Warga emas maut tercampak atas Myvi

Jelasnya, pemandu Polo, Muhammad Hakan Hakimy Muhammad Zaki, 21, mengalami luka di badan manakala penumpang hadapan Muhammad Hakan Haikal Muhammad Zaki, 19,cedera di kepala dan menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Putrajaya.

Katanya, tiga lagi pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemua kenderaan mengalami kerosakan akibat kemalangan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This