TINDAKAN seorang lelaki menayang pistol dan gari di media sosial membawa padah apabila ditahan polis pukul 1.05 pagi kelmarin.
Klip video terbabit tular selepas tersebar di aplikasi Telegram yang mendakwa senjata api dan gari yang dimiliki adalah kepunyaan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan bersama sebuah telefon Vivo dan seutas jam tangan berjenama.
“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan.
Katanya, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Baca artikel : Tunjuk pistol ugut bunuh, penganggur dicekup polis
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram