Tunjuk pistol ugut bunuh, penganggur dicekup polis

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

POLIS berjaya menahan seorang penganggur lelaki berusia 42 tahun yang melakukan ugutan untuk menembak mati seorang peniaga atas isu tidak berpuas hati.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, penahanan lelaki itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung ugutan tersebut semalam.

Jelas beliau, suspek yang juga dikenali mangsa itu telah melakukan ugutan tersebut menerusi hantaran mesej di aplikasi WhatsApp.

Kata Anbalagan, ugutan itu juga telah disampaikan kepada beberapa rakan mangsa dengan menunjukkan satu objek menyerupai pistol berwarna perak dengan pemegang berwarna hitam.

“Hasil maklumat dan risikan pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang telah berjaya menangkap suspek yang disyaki terlibat dalam kes ini.

“Suspek berasal dari Selangor itu tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai enam rekod jenayah serta tiga rekod narkotik.

“Antara rekodnya adalah dua Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK) (Samun Tanpa Bersenjata) dan Seksyen 39 (A) (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB),” katanya dalam sidang media hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan bersama pegawainya menunjukkan sepucuk pistol dan peluru yang berjaya dirampas selepas menahan seorang suspek yang terlibat dalam kegiatan ugutan ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca lagi: Polis tahan penganggur bersama 2 kg syabu di Tawau

Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, tangkapa dan rampasan telah dilakukan di Daerah Serdang dan Kajang.

Katanya, hasil soal siasat telah berjaya menemukan sepucuk pistol tertera tulisan sarsilmaz made in Turkey, stainless steel berwarna perak.

Ujar beliau, turut ditemukan adalah kelopak peluru berwarna hitam berisi lapan butir peluru hidup.

Anbalagan berkata, hasil pemeriksaan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Modus operandi suspek adalah dengan membuat ugutan dan pemerasan terhadap mangsa yang menjalankan perniagaan seperti restoran dan kedai makan yang mempunyai warga asing.

“Dalam kes ini, pengadu adalah pemilik kedai kenderaan terpakai di kawasan Seri Kembangan,” katanya.

Anbalagan berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 506 KK (Ugutan Jenayah) dan boleh dihukum penjara selam tempih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan memiliki senjata api dan peluru hidup, Anbalagan berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971.

Jelas Anbalagan, jika sabit kesalahan atas kesalahan senjata api itu, suspek boleh dihukum penjara tidak lebih 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali.

Katanya, suspek telah ditahan reman selama tiga hari untuk tujuan siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This