Naikkan harga getah RM3.50 sekilogram, kata Ismail Sabri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan disaran untuk menaikkan harga lantai getah beku daripada RM2.50 kepada RM3.50 sekilogram.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh kira-kira 320,000 pekebun kecil getah di seluruh negara disebabkan kenaikan kos sara hidup.

Jelas ahli Parlimen Bera itu, golongan penoreh getah di kampung-kampung pada masa kini terjejas teruk kerana kejatuhan harga komoditi itu.

“Saya juga mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan harga getah beku.

“Kerajaan terdahulu telah memperkenalkan penggunaan getah beku yang dicampur bitumen atau dikenali sebagai Bitumen Terubahsuai Getah Bekuan (CMB) bagi kegunaan menurap jalan kampung di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Baca lagi: Naik harga getah sekerap elak pekebun kecil beralih tanaman – Mahdzir

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 untuk pembangunan teknologi CMB.

Jelas beliau, terdapat 59 lokasi telah mendapat manfaat dengan pembinaan turapan jalan Cuplump Modified Asphalt (CMA) melibatkan jalan sepanjang 202.68 km.

“Saya difahamkan hanya 0.08 peratus daripada jumlah semasa pengeluaran getah negara digunakan dalam penurapan jalan menggunakan teknologi (CMB) pada 2019.

“Jadi, apakah status pelaksanaan program ini kerana ia terbukti mampu meningkatkan penggunaan getah yang secara tidak langsung akan membantu menambah pendapatan pekebun kecil,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kos sara hidup, Naib Presiden UMNO itu berkata, hampir sembilan daripada 10 rakyat Malaysia bimbang tentang kos sara hidup.

Katanya, soal kos sara hidup masih menjadi isu utama yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh sidang Dewan Rakyat dan Kerajaan Perpaduan.

“Rakyat mahu tahu dengan jelas apakah dasar jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang dilaksanakan Kerajaan untuk memastikan peningkatan kos sara hidup dapat dibendung,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This