Richiamo Coffee dianugerah Brand of The Year 2022 – WorldMuslimPrenuer

Dari Penulis

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd, pemilik rangkaian Richiamo Coffee di seluruh negara telah dianugerahkan Brandof The Year 2022 – WorldMuslimPreneuer baru-baru ini yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.

Anugerah tertinggi di dalam kategori tersebut telah disampaikan oleh Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rostam dalam majlis yang dihadiri hampir 100 tetamu dari pelbagai latar belakang perniagaan dan industri di negara ini.

Muhamad Zamry Abu Samah

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn. Bhd., Muhamad Zamry Abu Samah berkata, anugerah tersebut merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada Richiamo Coffee sejak mula beroperasi tahun 2015.

“Sesungguhnya anugerah ini amat bermakna kepada seluruh keluarga Richiamo Coffee di seluruh negara yang kini mencecah hampir 140 cawangan dan satu cawangan di Siem Reap Kemboja,” katanya baru-baru ini.

Di majlis anugerah tersebut beberapa anugerah turut diberikan kepada individu dan organisasi serta pertubuhan yang menunjukkan pencapaian serta prestasi yang luar biasa sepanjang tahu 2022 dan juga sumbangan diberikan kepada industri serta orang ramai.

BERITA BERKAITAN Richiamo Coffee dan UiTM kerjasama perkasakan golongan OKU

Antara anugerah yang disampaikan ialah Jenama Paling Dipercayai, Jenama Pilihan Pengguna, Jenama Pencapaian Luar Biasa, Jenama Paling Unggul, Jenama Paling Berpengaruh dan lain-lain.

Muhamad Zamry berkata, beliau seakan-akan tidak percaya apabila Richiamo Coffee dipilih untuk menerima anugerah tersebut memandang terpaksa bersaing dengan jenama-jenama terkenal dan lama serta berpengaruh.

Pemilihan Richiamo Coffee membuktikan jenama tempatan juga mampu bersaing dengan jenama-jenama lain yang telah lama bertapak di dalam industri.

Sementara itu, penganjur anugerah tersebut WorldMuslimPreneuer berkata, pihaknya mengiktiraf pencapaian dalam sektor yang berkembang pesat ini di mana perniagaan dan keusahawanan Muslim terbabit secara langsung di dalam industri masing-masing.

“Pencapaian terkini dan memberi pengiktirafan dalam platform rangkaian dan peluang peringkat tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, anugerah ini adalah untuk terus meraikan pencapaian usahawan dan jenama di dunia perniagaan Muslim selain menyediakan platform untuk rangkaian peringkat tinggi dan liputan media untuk sektor yang luas ini.

Anugerah-anugerah yang disampaikan ini sentiasa diiktiraf oleh kementerian yang berkenaan bagi memastikan kesahihan anugerah dan akreditasi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram



Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This