Anwar terima darjah kebesaran SPMK Kelantan di Istana Negeri hari ini

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK). hari ini.

Berita Harian melaporkan, majlis penganugerahan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian pada pukul 2 petang.

Media sebelum ini melaporkan, Anwar mengetuai senarai 763 penerima darjah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-55.

Perdana Menteri dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Baca artikel lain: Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel – Rafizi

Penerima tunggal bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Sementara itu, menerusi lawatan Perdana Menteri di Kelantan hari ini, Anwar turut melawat Pasar Siti Khadijah dan dijangka akan membuat pengumuman tertentu.

Selain itu, Anwar turut melawat tapak projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut ditikam rakan, mayat dihumban dalam pembetung

SEORANG lelaki maut akibat ditikam rakan di kawasan tapak pembinaan di belakang sebuah bilik pameran kenderaan di Iramanis, Kota...

More Articles Like This