SEORANG penghantar makanan ditahan polis kelmarin selepas dipercayai melakukan khianat ke atas sebuah kenderaan di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa seorang wanita berusia 27 tahun pada 7.16 malam, 27 Januari lalu.
Beliau berkata, suspek seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan pada pukul 9.30 malam kelmarin di Jalan 3/40 Pusat Kepong Batu 6 1/2.
“Polis turut merampas sehelai jaket berwarna hijau dan sebuah beg jenama Grab yang digunakan oleh suspek ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Lelaki buang sampah dalam Sungai Wak Rabun ditahan polis
Siasatan mendapati suspek mengaku meletakkan tong sampah, sampah sarap, botol kaca serta membuang angin tayar kereta mangsa kerana telah menghalang laluan keluar masuk.
Jelasnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau dan dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, hari ini.
Eng Lai berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi undang- undang dan menjaga kesejahteraan Kuala Lumpur.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

