TIGA lelaki ditahan selepas meletupkan mercun buatan sendiri di depan sebuah kediaman di Felda Kemahang 3, Tanah Merah pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintanden Mohd Haki Hasbullah berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang peneroka pada pukul 3.16 pagi.
Ketika kejadian, pengadu yang berada di ruang tamu telah terdengar bunyi orang berjalan di luar rumah dan disusuli dengan dua bunyi letupan yang kuat.
“Siastan di tempat kejadian menemui serpihan besi disyaki komponen bahan letupan buatan sendiri dan telah dihantar ke forensik bagi analisa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Padah main mercun tepi plaza tol, lima lelaki ditahan polis
Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Tanah Merah, Balai Polis Batang Merbau dan Balai Polis Lalang Pepuyu telah membuat serbuan ke atas tiga buah kediaman pada pukul 4 petang kelmarin.
Beliau berkata, serbuan di rumah pertama mendapati suspek bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis dan berjaya ditahan selepas pergelutan.
“Pemeriksaan pada beg yang berada di tubuh suspek menemui satu tiub straw lutsinar yang berisi 12 pil yaba,” ujarnya.
Tambahnya, serbuan ke atas dua buah rumah lagi menemui sebuah rak almari yang berisi sepaket mercun bola, sebuah beg silang yang mengandungi sepaket plastik lutsinar berisi sumbu, belerang dan satu guni berwarna putih berisi tiga paket mercun bola.
“Suspek masing-masing berusia 19, 27 dan 41 tahun itu mengaku terlibat dalam kejadian membaling mercun di sebuah rumah dan ditahan bagi siasatan lanjut,” ujarnya.
Mohd Haki berkata, ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif methamphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

