Belanjawan 2023: Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 20 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, diskaun bayaran balik itu adalah selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik untuk tempoh enam bulan.

“Penangguhan itu melibatkan peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.

“Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac depan untuk memberi ruang kepada mereka sementara mendapatkan pekerjaan yang lumayan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2023: BERNAS sumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi akan diperuntukkan RM15.3 bilion tahun ini berbanding RM14.5 bilion pada tahun 2022.

Jelas beliau, antara peruntukan itu adalah sejumlah RM436 juta disediakan bagi membaik pulih infrastruktur dan menggantikan peralatan usang yang tidak lagi ekonomi di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

“Sejumlah RM35 juta juga tersedia sebagai dana untuk meningkatkan kesalinghubungan internet di institusi pendidikan tinggi Malaysia di bawah program Malaysia Research & Education Network (MYREN),” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This