PADIBERAS Nasional Berhad (BERNAS) menyatakan kesediaan untuk berkongsi keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.
Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil mengucapkan terima kasih kepada BERNAS.
“Saya sekali lagi ucap terima kasih dan penghargaan atas kesudian BERNAS untuk menyumbang sejumlah dana bagi membantu para pesawah miskin.
“Ini tentunya dapat membantu dan menambah keperluan hidup para pesawah. Selain sumbangan RM60 juta yang disediakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar menambah, kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion.
Katanya lagi, sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.
“Rakyat yang meraih pendapatan sebagai pesawah dan pekebun kecil getah turut terus diberi bantuan sewajarnya.
“Mereka ialah kelompok miskin yang bertarung dengan cuaca tidak menentu, terutama sewaktu musim tengkujuh untuk meraih pendapatan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

