Converse seiring dengan kempen Musim Bunga 2023, “Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next.” membawakan konsep berbeza dengan mengenengahkan dua band indie, Wobbebong dan Porcelane.
Mahu terus menguasai komuniti anak muda, kempen terbaharu Converse ini meneruskan misi untuk memperkasa dan memberi ruang dalam mengekspresi muzik, sukan, seni dan fesyen dalam gaya tersendiri.
Malah pemilihan duo muzik eksperimental, Wobbebong dan band rock, Porcelane dalam melahirkan soundtrack unik bagi kempen terbaharu merupakan simbolik bagi usaha yang dijalankan.
Menurut kenyataan media, dua kumpulan hebat ini diberi peluang untuk melahirkan sebuah runut bunyi untuk kempen “Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next.”
“Apa yang unik, dua band ini berkolaborasi melahirkan soundtrack berjudul No One Knows. Dan kedua-duanya bekerjasama dalam suasana jarak jauh, Wobbebong di Johor manakala Porcelane di Kuala Lumpur. Dan pertama kali mereka berjumpa di studio adalah pada waktu rakaman. Lagu ini akan dilancarkan pada 1 Mac 2023.
“Kami sentiasa mencuba sesuatu yang baharu dan unik dan kempen kali ini menggabungkan semua ahli komuniti All Stars untuk berkolaborasi melahirkan sesuatu di luar zon selesa. Sebab itu kempen ini dinamakan ‘Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next’. Kami mahu mereka terus meneroka sesuatu yang baru dan unik.
“Bagi kempen kali ini, kami memberi fokus kepada Gen Z namun tetap tidak melupakan penyokong setia. Kenapa Gen Z? Kerana merekalah masa depan kita,” ulasnya kepada UtusanTV.
Kempen turut menyaksikan persembahan dari Late Night Frequency, Pasca Sini and DJ Choobs, pameran foto oleh ChumTheCat dan projection mapping dari Grasshopper yang memaparkan komuniti All Stars.

