Lapan pemimpin UMNO rebut jawatan Naib Presiden setakat ini

Dari Penulis

JAWATAN Naib Presiden UMNO yang bakal direbut dalam pemilihan parti bulan depan menyaksikan sekurang-kurangnya lapan pemimpin sudah mengesahkan pencalonan, hari ini.

Sekurang-kurangnya enam lagi pemimpin akan dan sudah pun mengemukakan borang pencalonan mereka bagi merebut jawatan itu.

Pagi tadi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan pencalonan diikuti Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut menghantar borang pencalonan adalah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad.

“Alhamdulillah, mengambil keberkatan hari Jumaat saya sudah menyerahkan borang pencalonan bagi Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini,” kata Hasni seperti dilapor Berita Harian.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga dilaporkan menghantar borang pencalonan bagi merebut jawatan itu selain Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Saingan bagi jawatan Naib Presiden UMNO menjadi tumpuan selepas dua jawatan utama, Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini.

Baca artikel lain: Belanjawan 2023: Kerajaan azam noktahkan kemiskinan tegar

Difahamkan, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga akan menghantar pencalonannya petang ini.

Sebelum ini, penyandang jawatan itu, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan masing-masing.

Selepas Khaled dan Mahdzir mengesahkan mempertahankan jawatan, kini hanya tinggal Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga bekas Perdana Menteri belum memutuskan sebarang pendirian mengenai kedudukan jawatannya.

Penentuan jawatan itu akan dibuat ketika mesyuarat perwakilan bahagian di seluruh negara yang akan berlangsung pada 18 Mac depan.

Hanya tiga individu yang memperoleh undi tertinggi daripada bahagian layak mengisi tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2023-2026 ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This