Mayat dikerat, kepala disimpan dalam periuk sup, kenali siapa sebenarnya Abby Choi

Dari Penulis

PEMBUNUHAN kejam model dan selebriti media sosial, Abby Choi menggemparkan dunia apabila anggota badannya disumbat di dalam peti sejuk di sebuah rumah dekat kampung Lung Mei Tsuen Tai Po, pinggir bandar Hong Kong.

Kemudian, kepala Abby Choi ditemui disimpan di dalam periuk sup di rumah berkenaan bersama cebisan daging cincang serta lobak merah.

Lebih memeranjatkan, empat suspek yang ditahan dalam kes ini merupakan orang pernah rapat dengan dirinya iaitu bekas suaminya, Alex Kwong, 28, abang ipar, 31 serta bapa (65) dan ibu mentua (63).

Menurut Polis Hong Kong, Superintendan Alan Chung, pembunuhan kejam itu dipercayai bermotifkan rasa tidak puas hati dengan cara Abby mengendalikan aset dan berlaku pertikaian melibatkan jumlah wang yang besar dengan bekas suami.

Anggota badan Abby Choi ditemui di sebuah rumah dekat kampung Lung Mei Tsuen Tai Po, pinggir bandar Hong Kong.

Malah, bapa mentua yang merupakan bekas anggota polis berpangkat sarjan didakwa menjadi dalang dalam rancangan pembunuhan ini.

Namun, siapakah gerangan Abby Choi sehingga beliau dibunuh dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini?

Menurut laporan media Hong Kong, Abby adalah anak kepada keluarga kaya yang menjalankan perniagaan pembinaan di China.

Baca : Kepala dalam periuk sup, 4 suspek pembunuhan kejam model Abby Choi didakwa

Pendapatan bersih Abby dianggarkan mencecah sekitar RM 77 juta (HK$100 juta).

Wajah Abby juga pernah muncul di muka hadapan majalah fesyen dan gaya hidup mewah L’Officiel Monaco pada bulan lalu.

Abby Choi tampil di majalah gaya hidup mewah dan fesyen.

Abby digambarkan sebagai ikon gaya dan personaliti media yang memukau dunia dengan gayanya yang sempurna dan semangatnya untuk fesyen.

Malah wajah Abby juga pernah muncul di majalah Vogue, Harper’s Bazaar dan Elle, serta sering mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen Paris.

Perkahwinan pertama Abby dilaporkan ketika beliau berusia 18 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata serta dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan mentuanya.

Selepas bercerai, Abby menjalin kasih dengan anak pengasas rantaian makanan Tam Jai Yunnan Mixian iaitu Tam Chuk Kwan dan mempunyai dua orang anak.

Bagaimanapun, South China Morning Post melaporkan siasatan mendapati Abby tidak mendaftarkan perkawhinan dengan Chuk Kwan.

Abby Chioi bersama empat cahaya mata dan bekas suami.

Meskipun sudah berpisah dengan Chuk Kwan, Abby dikatakan tetap membantu keluarga itu dengan memberikan sebuah apartmen mewah.

Malah, Abby juga membantu bekas abang ipar untuk membeli rumah dan mengupah sebagai pemandu peribadinya.

Menurut rakan Abby, beliau tidak pernah berkata perkara buruk terhadap bekas mentuanya.

“Dia sangat menjaga semua orang, termasuk keluarga suaminya,” kata rakan Abby yang dikenali sebagai Puan Cheng.

Siasatan polis juga mendapati Abby telah merancang untuk menjual hartanah bernilai RM39 juta (HK$70 juta) yang dibeli atas nama bekas bapa mentuanya.

Meskipun Abby berjanji untuk menempatkan semula bekas suami dan ahli keluarganya di tempat lain, tindakan itu ditentang keras oleh bekas bapa mentuanya.

Abby juga disifatkan sebagai seorang yang penyayang kerana pernah menyelamatkan seekor kucing yang cedera parah dan sudah dihurung lalat akibat dilanggar kereta.

Difahamkan, Abby adalah pengasas bersama Pertubuhan Amal Paomes iaitu sebuah organisasi yang membantu haiwan di Hong Kong.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This