DATUK Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) meminta maaf di Dewan Rakyat, hari ini susulan dakwaannya bahawa titah perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, disediakan oleh kerajaan.
Beliau berkata demikian sekiranya timbul kekhilafan terhadap dakwaannya itu ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, minggu lalu.
“Saya sudah memberi penjelasan berhubung kekhilafan berlaku dengan Speaker…saya fikir ini tidak perlu dipanjangkan kerana kita banyak isu penting.
“Saya fikir sekiranya timbul kekhilafan, saya mohon maaf dan kita terus kepada agenda lebih penting untuk kepentingan rakyat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Adam Radlan didakwa lagi kes rasuah Jana Wibawa
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, sudah mengadakan pertemuan selepas isu itu dibawa RSN Rayer (PH-Jelutong) yang membangkitkan mengenai Peraturan Dewan 36 (6) bahawa ucapan Tuan Ibrahim membuat sangkaan jahat bahawa titah Yang di-Pertuan Agong disediakan kerajaan.
“Inilah semangat yang kita ada…saya sudah jumpa Kubang Kerian (Tuan Ibrahim)…pemahaman kita berbeza namun apa yang disebutkan beliau saya sudah dimaklumkan,” katanya.
Minggu lalu, persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Tuan Ibrahim mendakwa, titah perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, disediakan kerajaan dan dibawa ke Kabinet sebelum diluluskan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

