KSM beri amaran majikan upah buruh asing, buang pekerja tempatan

Dari Penulis

MAJIKAN atau syarikat bakal berdepan pembatalan kelulusan kuota pekerja asing sekiranya Kementerian Sumber Manusia (KSM) mendapati berlakunya pemberhentian pekerja tempatan selepas mendapat tenaga kerja asing.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menegaskan, majikan atau syarikat juga berdepan hukuman denda sehingga RM50,000 bagi setiap kesalahan kerana bertentangan dengan Seksyen 60M Akta Kerja 1955.

“Saya ingin memberi peringatan tegas kepada majikan dan syarikat-syarikat tempatan bahawa kelulusan kuota dan kebenaran penggajian pekerja asing kepada mereka adalah bagi menampung kekurangan guna tenaga dan bukan sesekali dijadikan alasan bagi mengantikan pekerja tempatan sedia ada.

“Sejak kebelakangan ini, KSM telah menerima banyak aduan mengenai syarikat-syarikat tempatan yang sudah mendapat kelulusan kuota pekerja asing dan kemudiannya mengambil tindakan pemberhentian terhadap pekerja tempatan.

Baca artikel lain: Tun Juhar terima kunjungan hormat PM

“Aduan terbaharu yang saya terima membabitkan pemberhentian 102 pekerja tempatan di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengecam tindakan pengurusan syarikat pembuatan di Nilai, Negeri Sembilan yang didakwa ‘menganaktirikan’ pekerja tempatan dengan menggajikan buruh asing untuk menggantikan mereka.

Mengulas lanjut, Sivakumar berkata, Kerajaan Perpaduan amat prihatin dengan keperluan mendesak berkaitan kekurangan guna tenaga di sektor-sektor industri yang kritikal.

“Sehubungan itu, KSM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan Pelan Kelonggaran Pengajian Pekerja Asing (PKPPA) bermula 17 Januari sehingga 31 Mac ini.

“Ia untuk menyegerakan kelulusan permohonan kuota pekerja asing di lima sektor kritikal, iaitu perladangan, perkilangan, pembinaan, pertanian dan perkhidmatan (restoran).

“Saya juga ingin menasihatkan majikan bahawa setiap kekosongan pekerjaan yang ada di dalam negara ini perlu diberi keutamaan kepada rakyat dan pekerja tempatan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This