SERAMAI 50 belia dari seluruh negara telah menyertai Program Ilmu Asas Malim Gunung Dan Ikhtiar Hidup anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR), hari ini
Program tersebut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Siap Siaga Rembau serta Persatuan Peduli Waghih Negeri Sembilan.
YBR dalam satu kenyataan memaklumkan, program memfokuskan pembangunan modal insan dalam kalangan belia ini memberi tumpuan kepada ilmu sebagai pemandu arah atau lebih dikenali sebagai malim gunung.
Menurutnya, antara latihan diberikan seperti pertolongan cemas, langkah keselamatan dan menyelamat ketika berlaku kecemasan serta keupayaan menyesuaikan diri dengan sekeliling untuk ikhtiar hidup di dalam hutan.
Selain itu, kata YBR, kursus kemahiran yang dijalankan selama dua hari satu malam itu turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai ilmu-ilmu perhutanan.

Jelasnya, antara limu yang didedahkan seperti mengenal tumbuhan liar, jerat serta lokasi boleh dijadikan tempat perlindungan ketika berada di dalam hutan atau berlaku kecemasan.
Program kemahiran malim gunung ini melibatkan penyertaan belia berumur 18 sehingga 45 tahun telah dijalankan di Hutan Simpan Gunung Angsi, Negeri Sembilan.
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata: “Program seperti ini secara tidak langsung membantu memberi pendedahan kepada masyarakat dalam menjalankan aktiviti mendaki gunung dan perkhemahan secara selamat, tersusun serta memberi pengalaman dalam menghadapi situasi sukar ketika berada di dalam hutan”.
Baca artikel lain: Proses cabut undi nombor calon pemilihan UMNO bermula 2 petang esok
“Sementara itu, galakan dan dorongan perlu diberikan kepada golongan muda bagi melahirkan generasi yang lebih sihat dengan menguatkan stamina dan kecergasan melalui aktiviti-aktiviti luar seperti mendaki dan perkhemahan serta memantapkan kesihatan fizikal dan mental,” katanya.
Tambah beliau, pendakian di waktu malam melatih peserta membiasakan diri dengan selok-belok hutan yang hanya diterangi cahaya bulan dan melihat sendiri situasi serta apakah langkah perlu dilakukan bagi membantu mereka memerlukan pertolongan.
Beliau berharap, usaha ini menjadi strategi dalam membuka serta mempelbagaikan peluang menambah pendapatan di kalangan belia dalam mengatur masa hadapan khususnya mereka yang meminati aktiviti lasak mendaki gunung.
“Mereka boleh menjadikan profesion malim gunung sebagai pekerjaan sepenuh masa atau sebagai pekerjaan sambilan dalam menambah sumber pendapatan,” katanya lagi.

Program Ilmu Asas Malim Gunung Dan Ikhtiar Hidup merupakan inisiatif YBR yang telah diuruskan melalui persiapan rapi, di mana setiap peserta harus mengikuti pelbagai modul, dibekalkan peralatan mencukupi serta mendapat khidmat tenaga pengajar terlatih dan berpengalaman.
Program ini turut mendapat sokongan dan diberikan latihan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba & Penyelamat Malaysia serta Jabatan Perhutanan.
Untuk makluman, bagi tahun 2022, seramai 33,903 penerima manfaat telah menyertai program modal insan kepada masyarakat anjuran YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.6 juta melibatkan 72 program.
YBR berharap dengan penganjuran program seperti ini, sedikit sebanyak ianya dapat membentuk kepimpinan serta jati diri belia yang bertanggungjawab, mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan am.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

