Wanita cedera selepas jatuh longkang sedalam 2.4 meter

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal wanita cedera selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam 2.4 meter di Kilometer 15.4 Lebuhraya Persekutuan, sebentar tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.07 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 19 minit kemudian dan mendapati sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 telah terbabas di lokasi kejadian manakala mangsa M. Prema, 36, ditemui di dalam longkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Hanya cedera ringan selepas Honda Civic jatuh gaung sedalam 20 meter

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan ringan di kaki kanan dan anggota bomba bertindak menarik keluar mangsa dengan menggunakan teknik ikatan “ranger seat”.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan baik dan diserahkan kepada pihak ambulan bagi tindakan lanjut,” katanya dan menambah operasi tamat pada pukul 3 petang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This