SEORANG lelaki hanya cedera ringan di dahi dan lengan kanan selepas kereta yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter di Jalan 2/125E, Taman Desa Petaling, petang ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.21 petang.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Komander Operasi Mohd Firdaus Dzulkifli tiba di lokasi sembilan minit kemudian dan mendapati sebuah Honda Civic berada di dalam gaung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Wanita cedera selepas jatuh gaung sedalam 30 meter
Jelasnya, mangsa seorang lelaki Cina berusia 39 tahun berjaya dibawa naik oleh anggota bomba.
“Mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bagi rawatan lanjut,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

