MANGSA banjir di Johor kini sudah meningkat kepada 32,870 mangsa setakat pukul 4 petang tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, mereka terdiri daripada 9,288 keluarga yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.
Katanya, setakat ini terdapat 219 PPS masih beroperasi di semua 10 daerah yang terjejas banjir.
Katanya lagi, Segamat terus mencatatkan penambahan mangsa banjir dengan 12,258 orang terdiri daripada 3,511 keluarga berada di 78 PPS.
“Kluang juga mencatatkan penambahan jumlah mangsa daripada 5,178 orang kepada 5,251 orang daripada 1,528 keluarga yang ditempatkan di 39 PPS.
“Daerah Batu Pahat yang ketiga terjejas juga terus menunjukkan penambahan jumlah mangsa banjir iaitu 4,491 orang daripada 1,215 keluarga yang kini ditempatkan di 25 PPS,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Banjir: Kerajaan salur bantuan segera RM50 juta kepada Johor – PM
Menurut Azmi, di Kota Tinggi satu PPS baharu dibuka menjadikan jumlah PPS di daerah sebanyak 20 buah dengan jumlah mangsa yang mencecah 3,431 orang daripada 923 keluarga.
“Jumlah mangsa banjir di Muar dan Tangkak turut meningkat dan sehingga kini masing-masing merekodkan seramai 2,853 mangsa daripada 832 keluarga di 18 PPS serta 2,186 mangsa banjir daripada 598 keluarga di 20 PPS.
“Turut bertambah mangsa banjir di Mersing, iaitu 768 orang mangsa daripada 228 keluarga di lapan PPS yang beroperasi.
“Johor Bahru tidak berubah dengan jumlah mangsa banjir di daerah 1,218 mangsa daripada 357 keluarga di enam PPS,” katanya.
Beliau berkata, Pontian dan Kulai pula sahaja mencatatkan penurunan, iaitu di Pontian jumlah mangsa banjir menurun kepada 361 orang membabitkan 90 keluarga di empat PPS.
“Kulai menunjukkan penurunan yang agak ketara iaitu daripada 471 mangsa membabitkan 120 keluarga, keluarga tinggal 53 mangsa daripada enam keluarga di hanya satu PPS,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

