Sis, walau berhijab, mahkota kepala kena dijaga. Jangan biarkan rambut berbau dan rosak

Dari Penulis

Menepati status rambut sebagai mahkota wanita, seharusnya setiap daripada kita lebih-lebih lagi wanita berhijab mesti menjaga keperluan rambut dengan lebih teliti. Bertudung bukan alas an untuk anda mengabaikan penjagaan rambut.

Mendengar keluh kesah para hijabi berhadapan dengan masalah rambut gugur, kelemumur, berminyak, kering, tidak bermaya dan berbau,di sini ada tip untuk rahsia rambut kekal sihat dan cantik!

1. Beri ruang untuk rambut ‘bernafas’. Jangan ikat rambut terlalu lama, lepaskan ia pada waktu tertentu.

2. Sewaktu mandi, basuh rambut anda dan urut dengan lembut untuk mengelakkan rambut putus.

3. Hindari memakai hijab sewaktu rambut  masih dalam keadaan basah bagi mengelakkan kelemumur dan berbuah.

4. Cuci rambut anda setiap dua atau tiga hari dan biarkan ia kering dengan sendirinya. Rambut yang kering semuala jadi dapat mengelakkan hilangnya nutrient penting pada rambut.

5. Minum banyak air untuk mengekalkan kelembapan rambut.

6. Sekali-sekala apa salahnya manjakan dan belai rambut anda di salun. Rambut perlu diberikan vitamin untuk membantu rambut tumbuh dengan sihat.

7. Aspek pemakanan juga penting. Amalkan sumber makanan yang mengandungi nutrien baik untuk kesihatan rambut seperti salmon, susu, keju, yogurt, telur, almond, sayur serta buah-buahan.

8. Elakkan memakai hijab yang terlalu tebal sehingga membuat keadaan rambut tidak selesa, berpeluh dan berbau. Fabrik yang lembut amat membantu.

9. Ketika memakai tudung, elakkan mengikat rambut dengan terlalu ketat. Ini boleh membuatkan rambut cepat putus dan gugur.

10. Selepas mencuci rambut, susuli dengan pemakaian perapi yang sesuai. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This