Wanita 25 hingga 35 tahun hadapi masalah rambut gugur. Stres antara faktor utama

Dari Penulis

Hari ini, jumlah pesakit wanita terutama dalam lingkungan usia 25 hingga 35 tahun telah meningkat berganda. Malah wanita bermasalah rambut gugur merangkumi hampir 50 peratus atau separuh daripada pesakit bermasalah keguguran rambut ini.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keguguran rambut. Antaranya faktor keturunan, stres fizikal badan akibat kemerosotan kesihatan dan tekanan emosi menghadapai cabaran hidup moden, perubahan hormon dan pencemaran alam.

Selain itu, penyalahgunaan bahan kimia pada rambut dan kulit kepala seperti yang terdapat dalam rumusan produk dandan serta perubatan disebabkan sakit turut menyumbang kepada masalah rambut gugur serta boleh menjejaskan kesihatan kulit kepala.

Jangka hayat rambut dikaitkan dengan kehadiran hormon Androgen. Dalam sesetengah keluarga, kadar hormon Androgen bagi pertumbuhan rambut akan mula menurun sekitar usia lewat remaja bagi lelaki dan awal 20-an bagi wanita.

Setiap helai rambut akan matang dan gugur selepas anggaran tiga tahun. Sekiranya penggantian rambut baru perlahan maka kebotakan pun bermula. Ini dikatakan kehilangan rambut akibat genetik.

Corak keguguran rambut boleh dikenal pasti mengikut gambar rajah di atas. (gambar rajah).

Tambahan pula jika keadaan ini dirumitkan dengan tahap kesihatan yang lemah, sama ada fizikal mahupun emosional serta mana-mana faktor penyumbang di atas. Kesannya keguguran rambut menjadi bertambah teruk!

Apabila ibubapa merupakan pembawa gene kepala botak (maksudnya mereka mempunyai gene keguguran rambut melampau), satu daripada empat anak mereka akan mengalami keadaan kehilangan rambut yang teruk berbanding tiga beradik lain.

Begitupun, kitaran ini akan bermula pada anak mereka sekiranya pasangan mereka adalah pembawa gene serupa.

Di kalangan wanita, keguguran rambut bersifat keturunan tidak ketara seperti yang dialami lelaki. Namun, keguguran rambut lebih jelas dengan peningkatan usia terutama selepas menopos. Apapun, kesan gaya hidup moden, amalan pemakanan tidak sihat, boleh merangsang proses keguguran rambut pada peringkat usia awal lagi.

Hormon sama yang memperlahankan pertumbuhan rambut juga berperanan akan aktiviti kelenjar-kelenjar minyak pada folikel rambut. Kulit kepala berminyak adalah symptom bukan penyebab rambut gugur. Tapi jika tidak diurus dengan betul, minyak tersebut boleh menyumbat liang-liang roma, kelemumur berlebihan dan kegatalan. Begitu juga bau akibat bakteria.

Adalah penting menjaga kulit kepala dengan cucian seperti yang disyorkan agar sentiasa bersih menggunakan syampu yang lembut tanpa menghilangkan kesemua minyak semulajadi kulit kepala anda. Perapi untuk rambut panjang adalah perlu bagi mengelak rambut kering.

Bagi merawat rambut gugur, anda perlu mendapatkan pemeriksaan professional akan tahap pengaruh genetik agar ia dapat dibendung.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This