Biar saya lihat dahulu surat RoS, kata Saifuddin

Dari Penulis

“SAYA belum lihat lagi surat RoS kepada UMNO.”

Itu kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung surat RoS yang dikatakan telah menerima resolusi UMNO iaitu tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Memetik laporan BH Online, Saifuddin Nasution berkata, beliau berada di luar negara sebelum ini dan hari ini pula terus menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Menurut Saifuddin Nasution, beliau akan menghubungi Ketua Setiausaha KDN esok bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai surat tersebut.

“Saya tidak berkomunikasi dengan sesiapa, jadi untuk lebih adil, biar saya berkomunikasi (dengan RoS) dahulu.

“Saya tidak melihat surat itu lagi, beri saya peluang melihatnya dulu sebelum membuat komen.

Baca artikel berkaitan: Wujud campur tangan dalam keputusan RoS calarkan imej kerajaan

“Pihak yang ini kata ada surat bukan kenyataan daripada saya, takkan saya hendak spekulasi sana sini dan membuat kenyataan secara teraba-raba begitu,” katanya.

Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan UMNO sudah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan RoS menerima resolusi parti itu iaitu tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Beliau dilaporkan berkata, RoS meluluskan usul PAU 2022 supaya dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Zahid untuk mendedahkan surat berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This