Mayat wanita ditemukan dalam kereta, dipercayai dihanyut arus deras banjir di Mersing

Dari Penulis

Mayat seorang wanita ditemukan dalam sebuah kereta Perodua Myvi malam semalam, dipercayai hanyut dibawa arus deras di Jalan Nitar Utama di Mersing. 

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang berkata mayat wanita berkenaan ditemukan dalam kereta itu pada pukul 10.19 malam, selepas keretanya ditemukan pada 6.55 petang. 

Beliau berkata kereta berwarna kelabu milik mangsa berjaya dibawa keluar dengan menggunakan peralatan “vehicle rockery system”, yang mengambil masa kira-kira 40 minit berikutan berdepan kesukaran akibat pokok-pokok yang menghalang. 

“Kita berjaya menemukan mangsa setelah kereta berkenaan dibawa naik sebelum menyerahkannya kepada pihak polis pada 10.22 malam untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan. 

Baca : Lebih 42,000 mangsa banjir masih berlindung di PPS tiga negeri

Terdahulu, kereta mangsa ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dalam keadaan terbalik pada jarak 15 meter daripada lokasi dia dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan penemuan mayat wanita itu, yang dipercayai pemandu Perodua Myvi yang dilaporkan hilang pagi semalam.

”Mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan pengecaman oleh ahli keluarga. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.  

Pada kejadian kira-kira 6.49 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun itu, dipercayai dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang dan memandu di jalan raya yang telah dinaiki air sebelum dihanyutkan arus bersama-sama kereta yang dipandunya.

— BERNAMA 

Tuesday , 07 March 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lima pegawai perubatan ditempatkan di Hospital Lahad Datu mulai Julai

SERAMAI lima pegawai perubatan akan ditempatkan di Hospital Lahad Datu secara rasmi mulai Julai ini bagi menangani isu kekurangan...

More Articles Like This