Lelaki Bangladesh kemurungan cuba bunuh diri dari tingkat 11 kondominium

Dari Penulis

SEORANG lelaki Bangladesh yang dipercayai dalam keadaan khayal berjaya diselamatkan bomba selepas cuba membunuh diri dari tingkat 11 sebuah kondominium di Cyberjaya, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.38 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 14 minit kemudian dan mendapati mangsa yang dikenali sebagai Syed Munyem, 20, berada di luar tingkap kediaman dalam keadaaan murung.

“Berdasarkan maklumat, mangsa mengalami masalah peribadi dan enggan bercakap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Lelaki batal niat bunuh diri dari tingkat 4 kondo selepas dipujuk bomba

Jelasnya, anggota bomba berjaya menenang dan memujuk mangsa sebelum menarik mangsa kembali ke dalam rumah melalui tingkap.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This