TULAR rakaman video memaparkan aksi pertengkaran antara seorang wanita warga Australia dengan anggota polis trafik di Jalan Tibubeneng, Kuta Utara, Bali pada 1.30 petang semalam.
Memetik laporan Detik.com, wanita terbabit ditahan polis kerana tidak memakai topi keledar dan didakwa menggunakan telefon sambil menunggang motosikal.
Video penuh di bawah ⬇️
Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Bali, Komisioner Stefanus Satake Bayu Setianto berkata, pertengkaran berpunca daripada perselisihan faham antara anggota polis dan wanita tersebut.
“Ketika kejadian, wanita yang dikenali sebagai Marita Leaning Daniell telah diminta untuk memberhentikan motosikal namun cuba melarikan diri sehingga bertengkar dengan anggota polis,” katanya.
Baca : Penceramah hina PDRM video lama, telah diambil tindakan – Bukit Aman
Jelasnya, seorang lagi anggota polis datang membantu menahan wanita tersebut dengan merampas kunci motosikal.
Semasa pemeriksaan dilakukan, Daniell menunjukkan cukai jalan dan lesen memandu miliknya.
“Wanita terbabit dikenakan saman kerana melanggar peraturan di jalan raya”.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

