Keputusan untuk mendakwa saya dibuat lebih awal, kata Muhyiddin

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa beliau mendapati keputusan  mendakwa beliau sebenarnya telah dibuat lebih awal oleh pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara sebelum sisatan dilengkapkan.

Muhyiddin turut mempersoal tindakan berkenaan walaupun dirinya masih belum memberikan sebarang kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

“Semalam, saya diberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan untuk mendakwa saya. Bagaimana keputusan untuk mendakwa telah dibuat sedangkan keterangan saya mengenainya belum diambil?

“Mereka hanya menggunakan agensi penguatkuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka.

“Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang. It is an organized political persecution,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan rasuah dan mengubah wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu menambah, sepanjang 50 tahun berkecimpung dalam politik, tiada sebarang kesalahan yang dilakukan olehnya.

“Saya sentiasa akur kepada peraturan dan undang-undang. Saya tidak melanggar peraturan mahupun undang-undang dengan sewenang-wenangnya.

“Pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat dengan saya pasti tahu sikap dan pendirian saya mengenai pematuhan kepada peraturan dan undang-undang,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai kedudukannya selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan sama ada kedudukannya kekal atau sebaliknya.

“Saya dilantik menjadi presiden Bersatu oleh ahli parti. Sekarang saya serah kepada Majlis Tertinggi untuk putuskan kedudukan saya,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This