Isteri bekas PTD didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu

Dari Penulis

ISTERI kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan iaitu Salwani Anuar@Kamaruddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.

Menurut Bernama, Salwani tiba sendiri di pekarangan mahkamah pada 8.25 pagi dengan menggunakan kerusi roda untuk memasuki bangunan mahkamah kerana dilaporkan menghidap bisul kronik pada bahagian paha.

Pada Khamis lalu, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000 dan dibenarkan diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin oleh Hakim Rosli Ahmad.

Pada 7 Januari lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Parasit menahan seorang pegawai kanan bersama dua isterinya berhubung siasatan terhadap projek perolehan tender Tentera Darat.

Baca artikel lain: Kemalangan libatkan lapan motosikal, remaja berusia 18 tahun maut

Keesokan harinya, pegawai berkenaan direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman selama tiga dan enam hari.

Siasatan SPRM terhadap kes itu bermula sejak 7 Oktober 2025 dan disifatkan sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.

Pada 23 Disember 2025, sepasukan pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This