Penceramah hina PDRM video lama, telah diambil tindakan – Bukit Aman

Dari Penulis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video tular mengenai seorang penceramah agama yang membuat kenyataan menghina dan fitnah terhadap PDRM merupakan video lama yang kembali ditularkan.

Video berdurasi 55 saat itu memaparkan seorang penceramah agama ketika menyampaikan ceramahnya mendakwa anggota polis tidak menunaikan solat Jumaat serta menggelar warga PDRM sebagai ‘bodoh’ kerana membuat tugasan perangkap had laju di jalan raya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A. Skandaguru berkata semakan mendapati video berkenaan dirakam pada 2016 dan  individu itu juga telah diambil tindakan.

Beliau berkata rekod menunjukkan penceramah terbabit telah dituduh mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) di Mahkamah Majistret Barat Daya, Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016 dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM7,000.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memberi sebarang kenyataan dan tidak mengeluarkan ucapan berunsur fitnah yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baca : Hina polis, ‘Ain Singa’ dicekup

Beliau berkata PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi klip video berkenaan di media sosial dan jika didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

— BERNAMA

Friday , 10 March 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This