JABATAN Peguam Negara menafikan tohmahan terhadap wujudnya pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.
Jabatan itu menegaskan bahawa keputusan mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan serta fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan dan tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti.
Beliau berkata, ini bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan yang sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntuk di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
“Jabatan Peguam Negara menafikan tohmahan terhadap wujudnya pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.
“Sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu tersebut akan didakwa berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan tohmahan berlaku pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan dalam pendakwaan beberapa kes pemimpin politik baru-baru ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

