JABATAN Peguam Negara akan memantau media sosial yang mempertikai prosiding inkues kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir sama ada perbuatan itu menghina mahkamah.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar sehubungan itu meminta masyarakat agar tidak membuat komen keterlaluan sebelum prosiding berkenaan selesai.
“Kita akan lihat dalam kandungan TikTok atau media sosial lain berhubung perkara berkenaan sebelum tindakan susulan diambil.
“Harapan kami kepada masyarakat, biarlah proses inkues berjalan dahulu sehingga selesai, jangan terburu-buru meninggalkan komen berhubung prosiding yang masih berlangsung.
“Buat masa ini, pakar patologi sedang memberi keterangan, jadi orang luar tidak perlu pertikai sebaliknya tunggu prosiding selesai,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Nahas 5 penuntut IKM: Siasatan awal dapati MPV dipandu laju
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Infrastruktur Awam Program Kampung Angkat Madani Jabatan Peguam Negara 2025 , hari ini.
Prosiding inkues Zara Qairina bagi menentukan punca kematiannya bermula di Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu pada 3 September lalu.
Inkues selama 19 hari yang dijadualkan berlangsung pada 3-4 September, 8-12 September, 17-19 September serta 22 hingga 30 September, dipengerusikan Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak selaku Koroner
Ditanya sama ada tempoh prosiding inkues Zara Qairina akan dipercepat, Mohd Dusuki berkata, ia ditetapkan untuk tempoh tertentu dan akan berlangsung mengikut perancangan.
“Alhamdulillah, setakat ini prosiding inkues berjalan dengan baik dan kita tidak boleh melakukan prosiding inkues ini terlalu cepat, biarlah berlangsung sebagaimana proses.
“Kita mahu prosiding ini selesai dengan baik supaya tiada polemik berterusan ditimbulkan sehingga mendapat persepsi negatif,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

