Keletah empat beradik ini cukup menghiburkan hati. Bukan sekadar berbual kosong setiap kali berbicara di media sosial, namun The Melvins yang sinonim dengan Kekasih ini tahu arah tuju dalam menjenamakan perniagaan mereka.
Dengan tagline ‘Satu KEKASIH cukup ke?’, empat jelitawan yang meletakkan diri mereka sebagai wajah dan pengasas, Kekasih menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32, Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29, dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, kian dikenali dan berada di kelas tersendiri.
Empat tahun membina empayar di pasaran, Kekasih muncul dengan rangkaian produk edisi RAYA KEKASIH iaitu kosmetik dan pelembap wajah.
Mewakili adik beradiknya, Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, edisi raya KEKASIH menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.
“Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami lancarkan edisi baharu KEKASIH yang menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan pelembap wajah. Malah set kosmetik turut menampilkan empat warna pembayang mata dan kami keluarkan semula produk best selling iaitu maskara dan pengapit bulu mata yang diberi secara percuma.
“Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Set sangat terhad dan tiada restock seandainya habis terjual. Harganya pula mampu milik antara RM19.00 sehingga RM69.00. Kami mahu produk yang mampu dimiliki oleh semua dan boleh dikatakan inilah harga Rahmah yang kami tawarkan,” katanya ketika ditemui.

Mengakui kekuatan Kekasih terletak kepada hubungan akrab adik beradik, itulah prinsip yang dipegang bagi mengukuhkan lagi jenama yang dibawa.
“Apa yang kami paparkan semasa live di media sosial, itulah kehidupan realitinya. Dan inilah yang membuatkan peminat tertarik dengan Kekasih. Walaupun kadang kala ada salah faham, tapi kami akan berbalik semula kepada asas mengapa Kekasih ditubuhkan.
“Tidak keterlaluan jika dikatakan Kekasih juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hanga-hangat tahi ayam,” katanya.

