Curi 26 kepala hos bomba, wanita tempatan bersama kekasih direman 3 hari

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

WANITA yang tular di media sosial selepas gelagatnya mencuri kepala hos bomba di pangsapuri dekarlt Semenyih direman selama tiga hari bersama-sama kekasihnya bagi membantu siasatan.

Perintah reman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kajang itu berkuat kuasa bermula hari ini sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof pihaknya telah menahan seorang wanita berusia 44 tahun dan kekasihnya seorang lelaki berusia 43 tahun sekitar jam 10.30 malam, semalam.

Katanya, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian kepala hos bomba dipotong dan hilang, disyaki dicuri oleh individu tidak dikenali.

Beliau berkata, laporan tersebut dibuat oleh seorang penyelia pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri yang terletak di kawasan Semenyih sekitar jam 10 pagi pada 30 Jun lepas.

“Hasil siasatan mendapati sebanyak 26 kepala hos bomba dari tingkat lima sehingga tingkat 17 telah dicuri oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, pihaknya telah menahan seorang wanita warga tempatan berusia 44 tahun dan kekasihnya seorang lelaki berusia 43 tahun sekitar jam 10.30 malam, semalam.

“Suspek lelaki mempunyai tujuh rekod lampau narkotik dan satu rekod jenayah manakala suspek perempuan pula mempunyai 8 rekod narkotik dan 5 rekod jenayah.

“Pemeriksaan ke atas air kencing kedua-dua suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Sarjan Karunagaran di talian 012-2449414, bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This