Hina polis, ‘Ain Singa’ dicekup

Dari Penulis


TINDAKAN seorang wanita menghina anggota polis trafik melalui ruangan komen Facebook dengan niat mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundang padah apabila pemilik akaun itu ditahan, semalam.


Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, pihaknya mengesan komen dibuat pemilik akaun bernama ‘Ain Singa’ itu pada satu hantaran melalui laman media sosial Facebook “Kuala Krai Kini’.

Menurutnya, hantaran bergambar itu menunjukkan anggota polis trafik sedang bertugas dengan kapsyen, ‘Salam Jumaat. Duk memukat duit BKM ke tu?area wisma koya’.


“Status berkenaan kemudiannya dikomen oleh pemilik akaun Facebook bernama ‘Ain Singa’ yang berbunyi ‘Babi molek la puwok2 ni’.


“Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai menegaskan anggota polis trafik yang dimaksudkan adalah sebahagian daripada kekuatan penugasan Snap Check BahagianSiasatan Dan Penguatkuasaan Trafik daerah itu yang sedang bertugas di Jalan Ah Sang pada 1 April lalu.


“Pemilik akaun Facebook tersebut dilihat sengaja melontarkan hinaan melalui ruangankomen dengan niat mencemarkan imej PDRM,” katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas lanjut, Suzaimi berkata, satu laporan polis kemudiannya telah dibuat dan tangkapan telah dijalankan ke atas seorang perempuan yang merupakan pemilik akaun Facebook tersebut bagi menyempurnakan siasatan. 


Ujarnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaaan.


“Polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan komen dan maklumatyang tidak benar, tidak beretika dan tidak berhemah melalui aplikasi media sosial demikesejahteraan semua pihak. 


“Orang ramai juga boleh melapor kepada pihak berkuasa jika menerima atau mengesan sebarang kenyataan yang meragukan,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This