Hafidz Roshdi kesal Nurul Shuhada buat fitnah, tuntut permohonan maaf dalam tempoh 48 jam

Dari Penulis

SELEPAS lama mendiamkan diri, akhirnya pelakon Hafidz Roshdi membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri yang berlaku baru-baru ini.

Menerusi surat terbuka yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Hafidz bagaimanapun menuntut Nurul Shuhada membuat permohonan maaf secara terbuka kerana didakwa telah memfitnah keluarga mentuanya.

“Shu, saya memilih untuk berdiam diri selama ini walau pelbagai fitnah telah awak taburkan. Saya tahu segala apa yang awak canangkan, tidaklah semua benar maka saya terpaksa menulis di sini kerana awak sendiri yang telah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan secara kekeluargaan.

“Demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan diri dan seluruh keluarga, dengan rasa rendah diri saya memohon serta memberikan tempoh 48 jam dari sekarang bagi Shu dan mana-mana pihak untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarga saya berkaitan dengan isu atau kes rumah tangga saya.

“Saya juga mahu agar permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh pihak awak. Sekiranya tidak, saya mahu semua memahami situasi saya. Saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah menyentuh maruah dan privasi keluarga saya,” tulisnya.

Jelas Hafidz, sepanjang konflik berlaku, dia sudah cuba untuk menjernihkan keadaan selain menjaga aib ruamh tangga.

“Shu, saya menjaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan awak sebagai isteri selama ini. Kita tidak sempurna.

“Saya hadap segala caci dan maki atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.

“Sebagai insan yang lemah, kita berdua tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Agak malang, ia menjadi luar kawalan,” katanya.

Hafidz menerusi hantaran sama turut memohon maaf kepada ibu bapa serta keluarga mentua kerana telah mengheret mereka dalam isu rumah tangganya dengan Nurul Shuhada.

Malah, Hafidz juga menjelaskan dirinya tidak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada dua orang anaknya dan akan terus memberikan nafkah kepada mereka.

Pada 5 Mac lalu, Nurul Shuhada ada memuat naik hantaran mengenai sikap ipar serta ibu dan bapa mentuanya yang seolah menyokong dan bersubahat terhadap insiden yang berlaku terhadapanya.

Pada 22 Februari lalu, Hafidz melafazkan cerai terhadap Nurul Shuhada menerusi panggilan telefon yang turut bersaksikan keluarga.

Nurul Shuhada telah memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pda 28 Februari.

Prosiding pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini.

Terdahulu, pada 2 Mac, Hafidx didakwa menumbuk sebanyak tiga kali di bahagian kiri wajah Nurul Shuhada selepas berlaku pertengkaran di kawasan berdekatan Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Selangor sekitar pukul 6 pagi.

Susulan itu, Hafidz akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan pada 13 Mac ini.

Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada bernikah pada 30 April 2016 dan memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah,6 dan Umar yang berusia dua tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This