MINAZ Blooming Raya sasar 600,000 helai, lantik Layka Al Funsu sebagai duta

Dari Penulis

Mengenengahkan jenama fesyen modest tempatan yang memberi fokus kepada wanita dan keluarga, MINAZ kembali mewarnai industri fesyen tempatan dengan koleksi MINAZ Blooming Raya.

Memilih rekaan khusus untuk golongan anak muda dengan corak polos dan klasik, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hafiza Hamid, Layka Al Funsu akan mewakili seluruh penceritaan kempen raya pada tahun ini.

“Pemilihan Layka Al Funsu sebagai duta pada tahun ini juga sesuai dengan corak dan rekaan yang lebih segar dan muda. Jika dahulu, kami lebih memberi fokus kepada mereka yang berkeluarga, jadi untuk tahun ini kami cuba seimbangkan dengan mempelbagaikan koleksi bagi orang muda serta ibu dan anak.

“Layka akan mewakili keseluruhan penceritaan MINAZ Glooming Raya pada tahun ini. Kami mahu sasarkan kepada pasaran anak muda,” jelasnya kepada HijabFesyen.

Menawarkan 73 koleksi raya dengan mainan 27 rona warna, kempen raya pada tahun ini diberikan nafas baharu dengan suntikan elemen yang lebih muda agar pemakaiannya tidak hanya terhad kepada musim perayaan.

“Secara keseluruhannya terdapat 73 koleksi dalam MINAZ Glooming Raya pada tahun ini dan dibahagikan kepada beberapa seleksi antaranya untuk golongan remaja, luxe, anak-anak dan kaum lelaki. Tahun ini kami memberi fokus kepada kain chiffon, bermanik dan sedikit campuran Thai silk untuk memberi nafas baharu kepada rekaan agar lebih elegan dan vogue.

“Kami bermain dengan 27 rona warna yang terdiri daripada warna pastel dan bold untuk menceriakan lagi suasana perayaan. Koleksi pertama raya telahpun dilancarkan pada 3 Mac lalu dan akan dikeluarkan secara berperingkat sehingga hujung bulan Mac.

Trend raya tahun ini kami memilih rekaan yang lebih selesa dan evergreen seperti kebaya labuh, baju kurung yang modest. Namun ia disuntik dengan elemen yang lebih muda dan tidak hanya terhad kepada pemakaian sewaktu raya sahaja. Dan untuk saiz, ia ditawarkan sehingga saiz 4XL,” jelas Hafiza.

Meletakkan sasaran 600,000 helai bagi koleksi raya, ulas Hafiza, walaupun keadaan ekonomi tidak menentu, namun kehangatan raya tetap dirasai dan masyarakat Malaysia akan berbelanja besar bagi menyambut musim perayaan.

“Untuk koleksi raya sahaja kami letakkan sasaran 600,000 helai. Dan sasaran sepanjang tahun ialah lebih daripada 4 juta, bersamaan dengan RM60 juta untuk Minaz Hijab.

“Walaupun keadaan ekonomi tidak menentu pada tahun ini, namun raya tetap raya. Orang kita tetap akan berbelanja. Lihat sahaja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kehangatan raya tetap terasa,” tambahnya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This