KACA mata hitam dianggap aksesori penting bagi wanita kerana ia bukan sahaja sebagai ungkapan gaya bahkan membantu melindungi mata anda daripada kerosakan akibat dedahan terus pancaran matahari. Kaca mata hitam kini terdapat dalam pelbagai rona gelap serta dihiasi bingkai berwarna dengan rekaan menarik.
Tip Memilih Kacamata
- Perlindungan penuh UVA/UVB daripada pancaran lembayung ungu dan label/ pelekat tertera perlindungan UV 400.
- Rona tinta menghalang radiasi UV adalah jernih maka lensa gelap tidak semestinya lebih berkesan berbanding jenis terang. Tapi rona tinta penting dalam persepsi warna contoh, pertukaran warna lampu isyarat di mana rona kelabu, hijau dan coklat lebih sesuai.
- Kualiti lensa bagi memastikan lensa optikal cukup jelas dan tidak ada kecacatan seperti kebanyakan kaca mata berjenama.
- Kaca mata besar dan jenis melekap (wraparound) lebih baik bagi menjamin sepenuhnya perlindungan daripada pancaran UV, terutama dengan temple lebar.
- Keselesaan mengenakan kaca mata tanpa rasa tekanan pada bahagian hidung atau telinga, sambil ia menghalang cahaya kuat menyakiti mata anda.